Stemtech


MALAYSIA




Soalan-soalan Lazim (FAQ) DermaStem
Sila klik link (http://masrina.stemtechbiz.com.my/DermaStemFAQ.aspx) untuk mendapatkan penjelasan tentang produk DermStem dalam Bahasa Inggeris.
Soal Jawab (FAQ) DermaStem:
1. Bagaimanakah kulit diklasifikasikan dari satu sudut pandangan biologi?
Kulit ialah organ terbesar di badan. Ia mengandungi dua lapis, epidermis dan lapisan dermis.
2. Apakah epidermis dan dermis?
Epidermis ialah lapisan luar dan dermis ialah lapisan dalam kulit. Epidermis terdiri daripada satu
rangkaian sel yang fungsi utama ialah rembesan, penyerapan, perlindungan dan mengesan deria. Dermis
pula terdiri daripada sel yang membekalkan makanan untuk epidermis, merembes kolagen dan elastin,
serta sel yang melawan jangkitan dan tempat penyimpanan lemak. Dermis juga mengandungi
glikosaminoglikans untuk tujuan kestabilan.
3. Apakah faktor-faktor penuaan kulit?
Faktor seperti kecenderungan genetik, toksin di persekitaran, pilihan gaya hidup boleh memperlahankan
pertumbuhan semula sel dan penghidratan yang berkurangan yang menjurus pada penampilan garis halus
dan kedutan di kulit. Selain itu, kulit akan menjadi kurang lembut, kurang anjal, berubah warna dan tona.
Ini adalah tanda-tanda awal penuaan kulit.
4. Apakah DermaStem™ Renewal Serum?
DermaStem ialah satu-satunya produk penjagaan kulit yang merangsang potensi stem sel kulit untuk
menghidupkan semula kulit pada peringkat sel. Formulanya adalah semula jadi yang mengandungi bahan-
bahan yang diambil hutan-hutan dan digabungkan dengan minyak semulajadi.
5. Bagaimanakah DermaStem berbeza dari krim dan losen lain yang berada di pasaran dalam menangani tanda- tanda awal penuaan kulit?
DermaStem ialah satu-satunya produk di pasaran yang berfungsi dari peringkat sel dengan menyokong
peranan semula jadi stem sel yang terdapat pada kulit. Ia akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih
muda. Tambahan pula, DermaStem diproses dengan menggunakan cold infusion yang dapat mengekalkan
intipati halus setiap tumbuh-tumbuhan serta menggunakan teknologi sound-wave sanitizing yang
dipanggil SoniPure™.
6. Bagaimana DermaStem berfungsi di peringkat sel?
Elemen-elemen di dalam formula DermaStem menyediakan suasana yang ideal untuk menyegarkan semula
ciri-ciri stem sel kulit. Dengan menyokong percambahan stem sel kulit dan menyediakan blok-blok matriks
kulit, DermaStem meningkatkan keanjalan dan mengekalkan kelembapan kulit yang membuatkan
permukaan kulit lebih lembut. DermaStem juga mempunyai antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit.
7. Apakah peranan asid hialuronik (HYA) di kulit , bagaimana hubungkait kehilangan HYA di kulit dengan
penuaan awal, dan bagaimana DermaStem mengatasi situasi ini?
Matriks kulit diperbuat daripada interaksi kompleks protein dan glikosaminoglikans di mana asid
hialuronik (HYA) ialah salah satu komponen yang paling penting. HYA mempunyai banyak cabang pada
kulit yang muda, tetapi apabila semakin berumur, keupayaan kulit untuk mensintesiskan cabang HYA
berkurangan. Apabila HYA mempunyai banyak cabang, seperti yang boleh dilihat pada kulit muda dapat
menyerap sehingga 1000 kali berat air. Kehilangan cabang HYA membawa kepada kekeringan, kehilangan
integriti kulit dan pembentukan kedutan pada kulit. DermaStem mengandungi RejuvHayl™, satu ramuan
unik yang menyokong pembentukan cabang HYA di kulit. Kehadiran cytokines dan bahan-bahan lain yang
menyokong fungsi stem sel kulit dapat membantu keremajaan kulit.
8. Bagaimana DermaStem diproses?
Setiap tumbuhan diekstrak dengan campuran black mamaku, aloe dan jus-jus beri melalui proses cold
infusion yang mengekalkan integriti kesemua komponen tumbuh-tumbuhan tersebut. Minyak dan air
melalui proses emulsi menggunakan bahan-bahan semulajadi dan proses homogenisasi yang berterusan.
Produk terakhir melalui proses pembersihan dengan menggunakan teknologi sound-wave yang dipanggil
SoniPure™.
9. Mengapa cold infusion penting?
Ciri-ciri unik setiap tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam formula DermaStem tidak boleh kekal
sekiranya proses campuran melibatkan haba, pelarut dan alkohol. Jadi, proses mengekstrak jus semulajadi
tumbuh-tumbuhan tersebut perlu melalui cold infusion untuk mengekalkan pati tumbuh-tumbuhan untuk
hasil yang terbaik.
10. Mengapa DermaStem lebih baik dari kebanyakkan krim dan losen kulit yang terdapat di pasaran?
DermaStem adalah satu-satunya produk yang telah terbukti dapat mengaitkan sistem pembaharuan badan iaitu stem sel dewasa. Dengan menyediakan suasana yang semulajadi bagi stem sel kulit,kandungan
DermaStem menyokong pembaharuan kulit secara semulajadi. Dengan menggabungkan DermaStem
bersama AFA Extract dan StemFlo akan mengembalikan keremajaan kulit dari dalam dan juga luaran.
11. Kenapa DermaStem bukan berwarna putih seperti krim dan losen yang lain?
Warna mocha pada DermaStem adalah tindakbalas pada campuran secara semulajadi bahan-bahan dari alam. Secara umumnya, krim yang berwarna putih mengandungi agen pemutihan yang memutihkan
bahan campuran mereka. Memandangkan DermaStem langsung tidak mengandungi bahan kimia, produk
ini dibawa kepada anda dalam keadaan semulajadi yang terus meresap pada kulit tanpa meninggalkan
apa-apa kesan – sepertimana krim lain yang dilunturkan dengan petro-kimia.
12. Bagaimana pada saintis menghasilkan DermaStem dengan formula yang digunakan?
DermaStem adalah hasil kajian selama 20 tahun dalam etnobotani dan herba, pencarian bahan dari hutan seluruh dunia, masa yang panjang di dalam makmal dan sedikit “taksub” untuk menghasilkan produk
penjagaan kulit yang terbaik, sihat, selamat, organik yang paling efektif dan bebas dari bahan kimia. Misi
mereka adalah untuk mewujudkan produk penjagaan kulit yang selaras dengan teknologi stem sel… dan
kami fikir mereka telah berjaya.
13. Bagaimana cara penggunaan DermaStem?
Selepas membersihkan muka anda, dengan perlahan sapukan satu atau dua pam DermaStem pada kulit di
waktu siang dan malam.
14. Bolehkah saya menggunakan DermaStem bersama dengan produk yang lain?
Boleh. Gunakan pencuci muka anda. Selepas itu sapukan DermaStem dan biarkan dalam 1-2 minit sebelum menggunakan pelembap.
15. Adakah DermaStem bergandingan dengan produk Stemtech yang lain?
Ya. AFA Extract dan StemFlo memperbaharui lapisan dermis dari dalam manakala DermaStem pula
memperbaharui tisu epidermis dah luar.
16. Adakah DermaStem mengandungi AFA?
Ya. AFA adalah sumber antioksida yang terbaik. Tapi, yang lebih penting adalah AFA memberi tindak
balas yang kuat dalam pembiakkan stem sel kulit, menyokong proses pembaharuan kulit secara semulajadi.
17. Bolehkan DermaStem merosakkan kulit yang sensitif?
Serum ini tidak mengandungi sebarang bahan-bahan tiruan. Tiada yang berunsurkan bahan petroleum,
pengawet atau sebarang jenis bahan kimia dalam formula DermaStem. Walau bagaimanapun, anda boleh
mendapat nasihat dari pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan.
18. Adakal DermaStem sesuai untuk semua peringkat umur?
Ya. Formula DermaStem sesuai untuk orang muda untuk mengekalkan keanjalan, tona dan keremajaan
kulit. Juga untuk sesiapa pada peringkat umur untuk meremajakan kulit mereka.
19. Mengapa terdapat label “Keep out of the hands of children. If ingested, consult a doctor”pada DermStem?
DermaStem tidak mempunyai sebarang bukti yang ianya boleh mendatangkan mudarat bahagian
dalaman. Produk ini hanya bertujuan untuk digunakan pada bahagian luaran. Amaran produk hanya
dimaksudkan sebagai satu amaran untuk mereka yang ada anak kecil.
20. Bagaimana cara untuk menyimpan DermaStem?
DermaStem yang telah dibuka perlu disimpan di tempat yang dingin dan kering – jauh dari cahaya
matahari. Bagi DermaStem yang belum dibuka adalah dicadangkan untuk simpan di dalam peti sejuk.
21. Berapa lama 1 botol DermaStem boleh bertahan?
Dengan 4 pam sehari (2 pagi dan 2 malam) adalah mencukupi untuk bekalan selama 2 bulan.
22. Apakah tempoh hayat bagi DermaStem?
Tempoh hayatnya lebih kurang 1 tahun 6 bulan. Memandangkan bahannya adalah semulajadi dan aktif,
dinasihatkan untuk menyimpan botol yang belum dibuka di dalam peti sejuk untuk memastikan produk itu
tahan lama.
23. Apakah berat setiap botol DermaStem?
30ml
24. Bagaimanakah memperkenalkan DermaStem Renewal Serum ke dalam rutin harian jagaan kulit saya?
Mula-mula bersihkan muka anda, sapukan toner dan segera sapukan DermaStem semasa kulit anda
masih lembap. Jika anda tidak menggunakan toner, keringkan sedikit kulit anda selepas membasuh dan
sapukan DermaStem ke atas kawasan-kawasan halus muka semasa kulit sedikit lembap. Untuk hasil
optimum, digunakan atas keseluruhan muka anda. Ikuti dengan pelembap muka, perlindungan SPF dan /
atau make up, jika itu adalah sebahagian daripada rutin harian anda.
25. Untuk pada lelaki, DermaStem patut digunakan sebelum atau selepas bercukur?
Selepas bercukur. Keringkan sedikit kulit muka dan sapukan DermaStem semasa kulit masih lembap.
26. Memandangkan DermaStem mengandungi AFA, perlukah seseorang yang sedang mengambil ubat
mencairkan darah perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya?
AFA di dalam DermaStem tidak masuk ke saluran darah, jadi ianya tidak akan memberi impak pada yang mengambil ubat mencairkan darah. AFA akan diserap bersama dengan bahan semulajadi yang lain pada
lapisan kulit dermis dimana proses pembaharuan berlaku.
27. Saya perhatikan bahawa terdapat sedikit tompokan warna mocha pada kain muka saya semasa saya
membasuh muka pada waktu pagi. Adakah produk tidak menyerap ke dalam kulit saya?
Warna mocha DermaStem adalah hasil dari gabungan semua bahan asli, yang kebanyakannya
mempunyai warna yang kuat. Produk ini menyerap dengan cepat apabila diratakannya pada kulit anda.
Warna anda lihat pada waktu pagi, setelah produk itu menyerap ke dalam kulit anda semalaman, ialah
saki baki bahan asli yang mempunyai pigmen yang kuat. Percayalah, DermaStem telah pun diserapkan
dan bekerja dalam mengurangkan kedutan, menambahkan lembapan dan keanjalan kulit anda!
28. Bagaimanakah DermaStem mengekalkan, mengukuhkan dan melindungi komponen semula jadi tanpa
penggunaan bahan kimia?
Terdapat banyak sebatian asli yang mempunyai unsur-unsur antibakteria, seperti minyak dari kayu
manis, cengkih atau oregano, tetapi ianya memberi bau yang tidak menyenangkan pada produk dan
biasanya sebahagian darinya juga boleh jadi fotopeka (photosensitive) pada kulit. Pembangunan prinsip
antibakteria untuk DermaStem adalah pemerhatian dari bunga-bungaan. Bunga yang hidup di
persekitaran lembap seperti hutan hujan mengandungi antibakteria dan komponen-komponen anti kulat
yang membuatkan ia sentiasa berkembang selama berminggu-minggu tanpa terjejas dengan
pertumbuhan mikrob. Kami telah menguji beratus-ratus bunga-bungaan dan ekstrak-ekstrak semula jadi
dan mengenal pasti dua ekstrak semula jadi yang mengandungi unsur-unsur antibakteria yang penting.
Sebagai sebahagian daripada penyelidikan Stemtech, kami juga membangunkan satu teknologi gelombang
bunyi memanggil SoniPure™ yang membersihkan produk dengan penggunaan gelombang bunyi khusus.
Kompleks kedua-dua ekstrak tumbuhan dan SoniPure memberi produk 100% perlindungan semula jadi
dan kestabilan.