top of page

"StemFlo telah direkacipta kusus untuk membantu pengaliran sel-sel Stem dan khasiat lain ke seluruh tubuh kita...."

Kandungan StemFlo

Bahan-bahan utama StemFlo mempunyai tugas-tugas tertentu dalam membantu pelancaran edaran darah dalam badan.

Bahan-bahan StemFlo untuk Mengurangkan Tekanan Oksidatif

 

1. Manggis 


Sejenis buah dengan khasiat luar biasa yang berasal dari Asia Tenggara dan terkenal dengan kuasa antioksidannya. Aktioksidan berperanan meneutralkan radikal bebas yang berupaya merosakkan sel-sel tubuh.

 

2. Anggur


Anggur mengandungi pelbagai molekul seperti proanthocyanidin dan resveratrol yang telah didokumenkan sebagai antioksidan yang paling kuat.

 

3. Cat’s Claw


Tumbuhan menjalar tropika ini, yang tumbuh subur di rimba Amazon, juga dikenali sebagai “herba suci hutan hujan”. Ia membekalkan sokongan padu antioksidan di samping melancarkan pengaliran darah.

 

4. Ekstrak Lemon


Sumber bioflavonoid yang tinggi, terutamanya Hesperidin, yang didokumenkan berkesan untuk merangsang pembentukan kolagen dan tisu-tisu penyambung serta melancarkan pengaliran kapilari.

 

Bahan-bahan StemFlo untuk Menguraikan Lebihan Fibrin

Fibrinerase : Campuran proprietari enzim-enzim aktif bagi mencernakan lebihan fibrin dalam darah dan merangsang pengaliran darah yang optimum.

 

Bahan StemFlo untuk Membersihkan Darah

Kurkumin : Kurkumin ialah ekstrak kunyit yang telah digunakan sejak turun-temurun di Asia untuk mencuci darah dan mendetoks tubuh.

 

Formula StemFlo (kandungan setiap kapsul)
Cortex Uncaria tomentosa : 50.8 mg
Fructus Garcinia mangostana : 135.6 mg
Frustus Citrus limonum : 42.4 mg
Frustus Vitis vinifera : 118.6 mg
Rhizoma Curcuma longa : 84.7 mg
Semen Sojae Praeparatum : 67.9 mg

Cara Pemakanan StemFlo

 

Untuk mendapatkan kesan yang paling efektif dengan StemFlo adalah dengan mengambilnya 3 kapsul semasa perut kosong. Ini adalah kerana memandangkan StemFlo mengandungi enzim proteolisis yang bertujuan untuk bertindak di dalam darah, maka adalah penting yang ianya melalui perut tanpa terjejas.

 

Apabila makanan masuk ke dalam perut, injap di bahagian bawah perut akan tutup untuk mengekalkan makanan di dalamnya bagi memulakan proses penghadaman. Selepas itu, injap tersebut akan buka bagi membenarkan kandungan di dalam perut bergerak ke usus untuk proses penyerapan. Sebaliknya, jika perut hanya mengandungi air atau sebarang jenis cecair sahaja, maka injap bahagian bawah perut akan sentiasa terbuka. Ini membenarkan sebarang kandungan perut akan sampai ke usus dalam beberapa minit sahaja. Inilah sebabnya mengapa StemFlo perlu diambil ketika perut kosong untuk membenarkan enzim-enzim melepasi perut untuk sampai ke usus di mana ianya akan diserap terus ke dalam darah.

 

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk faham bahawa jika StemFlo diambil bersama makanan, ianya masih mempunyai banyak faedah. Sebahagian enzim-enzim akan digunakan semasa proses penghadaman makanan dan kesannya pada darah akan berkurangan, akan tetapi kesan positif antioksidan yang terdapat dalam StemFlo, juga kompaun semulajadi yang menyokong pengedaran darah masih kekal. Untuk manfaat sepenuhnya dari formula StemFlo, adalah lebih baik ianya diambil semasa perut kosong.

 

Dengan mengambil AFA Extract dan StemFlo, anda mendapat memanfaatkan sepenuhnya stem sel dewasa anda. Ini akan membantu anda untuk mengecapi kesihatan yang optimum kerana dengan pembebasan stem sel ke dalam saluran darah (dengan AFA Extract), ia akan dapat mengedar ke seluruh badan kerana StemFlo telah membantu melancarkan pengedaran darah anda.

 

 

(diterjemah dari artikel Christian Drapeau – Ketua Saintis Stemtech)

 

 

 

 

Pengesahan StemFlo dari Christian Drapeau

Surat pengesahan yang menyatakan bahawa StemFlo yang dijual di Malaysia adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur dari haiwan.

Artikel Penyelidikan StemFlo

 

 

Berikut adalah senarai artikel penyelidikan yang telah diterbitkan :

 

 

 

1. Fucoidan ingestion increases the expression of CXCR4 on human CD34+ cells. Irhimeh MR, Fitton JH, Lowenthal RM. Exp Hematol. 2007 Jun;35(6):989–94.

 

2. “A New Breakthrough in Stem Cell Nutrition ST-5 with MigraStem™” by Christian Drapeau, July 2010 Scientific studies support the beneficial properties of StemFlo’s ingredients.

 

3. Werner et al. (2005) Circulating endothelial progenitor cells and cardiovascular outcomes. N Engl J Med 353(10):999– 1007

 

4. Jensen et al. (2007) Mobilization of human CD34+CD133+ and CD34+CD133- stem cells in vivo by consumption of an extract from Aphanizomenon flos aquae related to modulation of CXCR4 expression by an L-selectin ligand? Cardiovascular Revascularization Medicine 8:189–202

 

5. Fibrinerase™: Sumi et al. (1990) Enhancement of the fibrinolytic activity in plasma by oral administration of nattokinase. Acta Haematol 84:139-143

 

6. Berry Extract: Joseph et al. (2005) Reversing the deleterious effects of aging on neuronal communication and behavior: beneficial properties of fruit polyphenolic compounds. Am J Clin Nutr 81(suppl):313S– 6S

 

7. Cat’s Claw: Pilarski et al. (2006) Antioxidant activity of ethanolic and aqueous extracts of Uncaria tomentosa (Willd). D.C. Journal of Ethnopharmacology 104:18–23

 

8. Curcumin: Gould et al. (1993) Effect of turmeric on xenobiotic metabolising enzymes. Plant Foods for Human Nutrition 44: 87-92

 

 

Design by MOHD YUSRI EFFENDI

bottom of page