top of page

StemTech AFA Enhance

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah sel stem? 

    Sel stem ialah sel yang berupaya menduplikasi dirinya berulang kali dan seterusnya berubah menjadi    

   apa-apa sel sahaja di dalam tubuh. Terdapat dua kategori sel stem: embrionik dan dewasa.

 

2. Apakah perbezaan di antara sel-sel stem embrionik dan dewasa?


     Sel stem embrionik ialah sel-sel stem yang terdapat di dalam embrio dan berperanan menjadi bahagian-

     bahagian sel yang berlainan untuk perkembangan seseorang bayi yang sempurna. Sel stem dewasa ialah

     sel-sel stem yang dijumpai di dalam tubuh selepas proses kelahiran. Sebelum ini, sel stem dewasa

     dipercayai hanya berkeupayaan untuk berubah menjadi sel-sel darah, tulang dan tisu penghubung.    

     Walau bagaimanapun, teknologi penyelidikan terkini telah membuktikan bahawa sel-sel stem dewasa

     boleh menjadi apa-apa sel sahaja di dalam tubuh. 

 

3. Kenapa media masa lebih banyak membuat sorotan mengenai sel stem embrionik berbanding sel stem

    dewasa?
 

     Berbeza dengan sel stem dewasa, penggunaan sel-sel stem embrionik telah mencetuskan pelbagai    

     kontroversi. Daripada aspek penyelidikan, sel stem embrionik pada mulanya dianggap lebih berguna  

     Kerana ia mudah dibiak di luar tubuh dan dimanipulasi menjadi sel-sel lain di dalam tabung uji. 

 

4. Bolehkah sel stem dewasa berubah menjadi sebarang jenis sel dalam tubuh? 

     Ya, kajian saintifik terbaru menunjukkan bahawa sel stem dewasa boleh berubah menjadi hampir apa jua

     sel di dalam tubuh seperti sel otak, buah pinggang, jantung, otot dan sebagainya. 

 

5. Adakah produk Stemtech mengandungi sel-sel stem? 


     Produk kami tidak mengandungi sebarang jenis sel stem dan tidak dikaitkan dengan sel stem embrionik

     mahu pun rawatan melibatkan apa-apa jenis sel stem.

 

6. Bagaimanakah produk Stemtech bertindak di dalam tubuh?

     Produk Stemtech merangsang pengeluaran semula jadi dan aktiviti sel stem dewasa di dalam tubuh. 

 

 

7. Apakah peranan yang dimainkan oleh sel stem dewasa di dalam tubuh?
 

     Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat menyatakan bahawa peranan utama sel stem dewasa di

     dalam tubuh adalah untuk 

 

8. Apakah Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa?

     Teori ini mencadangkan bahawa sel stem dewasa dirembeskan secara semula jadi oleh sum-sum tulang

     dan diangkut melalui saluran darah hingga memasuki tisu-tisu bagi merangsang proses pembaharuan

     semula tisu secara semula jadi oleh tubuh. 

 

9. Berapa kerapkah tisu diperbaharui?

     Sel-sel tubuh sentiasa ditukar ganti, bermaksud sel-sel akan mati dan digantikan dengan sel-sel yang

     baru bagi menjana pembaharuan tisu. Sebagai contoh: Pembaharuan sepenuhnya tisu-tisu anda berlaku      mengikut tempoh masa yang tertentu: 

 

     Lapisan usus – setiap 5 hari
     Sel darah merah – setiap 90 hari
     Sel darah merah - setiap 90 hari
     Hati – setiap 3 tahun
      Paru-paru – setiap 4-5 tahun

     Jantung – setiap 20-25 tahun

 

10. Bagaimanakah mekanisme tindakan sel stem dewasa dalam proses pembaharuan tisu tersebut?


      Apabila tisu perlu diperbaharui, sel-sel stem dewasa akan bertindak melalui cara berikut:

  1. Bahan kimia dirembeskan oleh tisu-tisu yang memerlukan khasiat sel stem dari sum-sum tulang.

  2. Sel-sel stem dewasa dibebaskan ke dalam saluran darah.

  3. Rembesan bahan-bahan kimia yang lain akan menarik sel-sel stem dewasa memasuki tisu di mana sel-sel stem dewasa ini akan membahagi dan menjadi sel-sel yang sihat untuk tisu atau organ tersebut.

 

11. Apakah manfaat Stemtech AFA Extract® terhadap kesihatan?

 

      Stemtech AFA Extract merangsang pengeluaran sel-sel stem dewasa anda secara semula jadi dari sum-

      sum tulang ke dalam sistem peredaran darah. Menurut pelbagai kajian, tahap sel stem dewasa yang

      lebih tinggi dalam tubuh adalah bersamaan dengan kesihatan keseluruhan yang lebih baik. 

 

12. Apakah ramuan Stemtech AFA Extract dan bagaimanakah ia berbeza dengan Aphanizomenon flos-

       aquae?

 

        Stemtech AFA Extract ialah rumusan serba semula jadi dan berpaten daripada pati proprietari penuh      

        khasiat Aphanizomenon flos-aquae (AFA). Komponen Mobilin™ yang terkandung di dalam produk ini

        padat dengan sejenis molekul semula jadi yang telah didokumenkan berkesan bagi merangsang

        pengeluaran sel stem dewasa. Walau bagaimanapun, Alga AFA yang asli tidak mengandungi pati

        komponen ini. 

 

         Stemtech AFA Extract dirumus dan dikembangkan khusus bagi merangsang fisiologi sel stem dewasa.

         Selain itu, ia juga dipenuhi pelbagai nutrien semula jadi termasuklah phenylethylamine (PEA),

         phycocyanin, asid-asid lemak poli tak tepu, klorofil dan lain-lain bagi memantapkan kelancaran fungsi

         seluruh tubuh. 

 

13. Apakah manfaat utama Mobilin™?

      Mobilin™ mengandungi sejenis molekul yang dikenali sebagai L-selectin ligand yang telah terbukti

      berkesan dalam satu kajian saintifik (lihat soalan 19) bagi merangsang pengeluaran sel-sel stem dewasa

      dari sum-sum tulang. 

 

14. Apakah manfaat-manfaat utama Phenylethylamine (PEA) dan Phycocyanin? 
 

       Phenylethylamine (PEA), sejenis nutrien yang wujud secara semula jadi dalam sesetengah makanan

       seperti AFA, kerap dirujuk sebagai "molekul ceria.” Phycocyanin pula ialah sejenis antioksidan. PEA

       telah didokumenkan berkesan bagi merangsang mood atau keadaan emosi yang sihat. Ia adalah

       sebatian semula jadi yang dihasilkan oleh otak apabila seseorang berasa puas hati dan gembira.

       Manfaat utama Phycocyanin adalah untuk menyeimbangkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap

       proses keradangan.

 

15. Adakah Stemtech AFA Extract diiktiraf Vegetarian? Kosher? Halal? Organik? 

       Stemtech AFA Extract ialah produk vegetarian/vegan yang tidak mengandungi gula, pewarna tiruan,

       perisa tiruan, soya, tenusu, yis atau pengawet. Ia diiktiraf Kosher dan Halal – sila klik pautan ini untuk

       melihat sijil-sijil pengiktirafan. Pati Stemtech AFA Extract disahkan organik dan dihasilkan oleh sebuah           kilang organik yang diiktiraf. 

 

16. Adakah Stemtech AFA Extract diubah secara genetik?

       Tidak, Stemtech AFA Extract tidak melalui sebarang pengubahsuaian genetik. 

 

17. Adakah Aphanizomenon flos-aquae (AFA) yang dirumus di dalam Stemtech AFA Extract diperoleh dari            ladang atau tumbuh liar?

      AFA yang digunakan untuk menghasilkan Stemtech AFA Extract tumbuh liar di dalam persekitaran                   semula jadi. 

 

 

 

18. Apakah syor pengambilan Stemtech AFA Extract? 

      Dua biji kapsul Stemtech AFA Extract disyorkan untuk diambil sekali atau dua kali sehari.

 

19. Apakah cara terbaik untuk mengambil Stemtech AFA Extract?

      Stemtech AFA Extract boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, sama ada bersama makanan atau

      dengan perut kosong. 

 

20. Apakah bukti sains yang menyokong keberkesanan Stemtech AFA Extract? 
 

       Menurut satu kajian silang rabun dwi-pihak (double-blind study) dengan kawalan plasebo yang

      diterbitkan di dalam sebuah jurnal tersohor, Cardiovascular Revascularization Medicine edisi

      September 2007, pengambilan satu gram (dua kapsul) Stemtech AFA Extract terbukti berupaya

      merangsang pembebasan semula jadi sel-sel stem dewasa, dan meningkatkan bilangan sehingga

      hampir tiga juta sel stem dewasa di dalam sistem peredaran tubuh. 

 

21. Adakah Stemtech AFA Extract akan mengurangkan tahap sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang s  

       saya? 


       Stemtech AFA Extract tidak akan menjejaskan tahap sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang anda.

       Sum-sum tulang akan terus menghasilkan dan membebaskan sel-sel stem dewasa ke dalam saluran

       darah di sepanjang hayat anda. Di dalam sum-sum tulang, sel-sel stem dewasa membiak melalui

       suatu mekanisme penjanaan diri yang dikenali sebagai pembiakan asimetri. Melalui proses ini, setiap

       kali sel stem dewasa dibebaskan, ia akan meninggalkan sel ‘kembar’ di dalam sum-sum tulang bagi

       mengekalkan populasi sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang. 

       Peningkatan bilangan sel stem di dalam sistem peredaran, iaitu anggaran purata 3 juta sel susulan

       pengambilan satu gram (2 kapsul) Stemtech AFA Extract, adalah di dalam julat fisiologi yang normal

      dan tidak membebankan sum-sum tulang sama sekali. 

 

22. Apakah yang akan terjadi kepada sel stem dewasa di dalam sistem peredaran sekiranya ia tidak sampai        kepada tisu-tisu yang memerlukannya?

        Sel-sel stem dewasa yang tidak digunakan untuk memperbaharui tisu akan dikembalikan ke sum-  

        sum tulang.

 

23. Adakah Stemtech AFA Extract mengandungi iodin?

       Berbanding sesetengah rumpai dari lautan, Aphanizomenon flos-aquae(AFA) yang digunakan untuk

       menghasilkan Stemtech AFA Extract sebenarnya adalah spesis alga air tawar dengan kandungan

       iodin yang sangat rendah - hanya 0.39 mcg setiap gram. Syor Pengambilan Harian iodin ialah 150

       mcg. Untuk rujukan, sekeping roti mengandungi hampir 6 mcg iodin; sebiji telur bersaiz sederhana

       mengandungi 14 mcg; dan satu gram Kelp (sejenis rumpai laut) mengandungi sekurang-kurangnya

      5000 mcg. 

 

24. Bolehkah sel stem dewasa mencetuskan sel-sel tak normal seperti kanser? 

       Berbanding sel stem embrionik, sel-sel stem dewasa yang dibebaskan dari sum-sum tulang didapati

       tidak pernah mengakibatkan sebarang pertumbuhan sel tak normal. Satu hasil kajian berasaskan

       Stemtech AFA Extract telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Anticancer Research edisi Januari 2009

       yang boleh memberi maklumat lanjut mengenai topik ini.

       Lawati: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19331184 

 

25. Adakah Stemtech AFA Extract diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA)

       Amerika Syarikat?

       Stemtech AFA Extract dikategorikan sebagai suplemen pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Ia

       tidak bertujuan untuk digunakan bagi merawat, menyembuh atau mencegah sebarang masalah

       kesihatan atau penyakit. Oleh yang demikian, ia belum lagi dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan

      Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, FDA tetap bertanggung jawab bagi

      memantau pelabelan dan aspek keselamatan suplemen pemakanan seperti Stemtech AFA Extract.

      Stemtech AFA Extract dihasilkan di kilang berlesen yang diiktiraf FDA serta sentiasa mematuhi

      Amalan Perkilangan Baik. 

 

26. Mengapakah terdapat kenyataan berikut pada label Stemtech AFA Extract: “dapatkan nasihat doktor

       anda sekiranya anda hamil atau menyusu”? Apakah yang akan berlaku sekiranya saya hamil ketika

       sedang mengambil Stemtech AFA Extract? 

       Kebanyakan produk disertai label sebegini sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya disebabkan

       oleh sebarang risiko kehamilan yang diketahui. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan

       bahawa pengambilan Stemtech AFA Extract semasa hamil boleh menimbulkan risiko kesihatan.

 

27. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama nutrien lain?

       Ya. Tiada sebarang interaksi sesama nutrien yang diketahui akibat pengambilan Stemtech AFA

       Extract.

 

28. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama produk sel stem dewasa Stemtech yang lain?

       Ya, produk Stemtech dirumus khusus bagi menyokong fungsi sel stem dewasa secara menyeluruh.

       Stemtech AFA Extract – menyokong pembebasan sel-sel stem dewasa dari sum-sum tulang.
       StemFlo® – melancarkan pengaliran sel-sel stem dewasa, nutrien dan oksigen di dalam sistem      

       peredaran darah. ST-5 dengan MigraStem™ – menyokong keupayaan sel-sel stem dewasa untuk

       memasuki (bermigrasi ke dalam) tisu-tisu.

 

29. Mengapakah label produk menyatakan bahawa orang-orang yang mengambil antikoagulan perlu

       mendapat nasihat doktor sebelum mengambil Stemtech AFA Extract, dan apakah maklumat yang

       dikehendaki oleh doktor mereka?


       Kenyataan pada label ini adalah berkaitan sejenis ubat antikoagulan yang dipanggil

       Coumadin™ atau warfarin. Pesakit yang mengambil warfarin lazimnya dinasihatkan oleh doktor

       mereka supaya berhati-hati dengan tahap vitamin K di dalam diet mereka. Seperti kebanyakan

       makanan hijau, Stemtech AFA Extract mengandungi vitamin K yang wujud secara semula jadi.

 

       Syor Pengambilan Harian (RDA) Amerika Syarikat untuk vitamin K ialah 80 mcg. Dua kapsul

       Stemtech AFA Extract mengandungi lebih kurang 40 mcg vitamin K. Untuk rujukan, separuh cawan

      brokoli mentah yang dipotong mengandungi hampir 100 mcg vitamin K manakala separuh cawan

      bayam rebus pula mengandungi 540 mcg vitamin K. 

 

30. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama ubat-ubatan? 

       Bagi ubat-ubat selain antikoagulan (lihat soalan 29 untuk maklumat mengenai ubat-ubat

       antikoagulan), tidak wujud sebarang kontraindikasi yang dikaitkan dengan pengambilan Stemtech

       AFA Extract. Walau bagaimanapun, terdapat suatu teori yang mengetengahkan kemungkinan

      berlaku interaksi dengan ubat-ubat antidepresan. 
 

      Seperti makanan asli yang lain seperti coklat, Stemtech AFA Extract juga mengandungi sejenis nutrien

      semula jadi iaitu phenylethylamine (PEA). PEA juga boleh dihasilkan oleh otak setiap kali seseorang

      berasa puas hati dan gembira; ia dikenali sebagai “molekul cinta”. Pengambilan PEA telah

      didokumenkan berkesan untuk meningkatkan mood dan emosi. Interaksi dengan ubat-ubatan

      antidepresan belum pernah dilaporkan, namun ia adalah pandangan teori dan pengguna seharusnya

     mendapat nasihat doktor mereka terlebih dahulu. 

 

31. Bolehkah seseorang yang mengidap masalah kesihatan dan kini sedang mendapat rawatan doktor    

      mula mengambil Stemtech AFA Extract? 

       Disebabkan kandungan nutrien semula jadi PEA (phenylethylamine) di dalam Stemtech AFA Extract,          terdapat kemungkinan bahawa ia mungkin memberi tindak balas negatif terhadap pesakit mania

       atau  gangguan bipolar, walaupun ianya tidak berdasarkan sebarang bukti yang kukuh (lihat soalan          30 mengenai manfaat PEA).


        Selain itu, wujud juga kemungkinan kontraindikasi Stemtech AFA Extract terhadap mereka yang

        mengidap penyakit sum-sum tulang, walaupun teori ini tidak berdasarkan sebarang bukti yang

        kukuh. Namun begitu, orang-orang yang mengalami masalah-masalah kesihatan ini disyorkan

        untuk mendapat nasihat doktor mereka terlebih dahulu sebelum mengambil Stemtech AFA Extract.


       Seperti juga suplemen pemakanan yang lain, anda disyorkan untuk mendapat nasihat doktor anda            sebelum mengambil Stemtech AFA Extract sekiranya anda sedang menjalani rawatan doktor atau

       engambil sebarang ubat. Kami mengesyorkan agar anda memastikan maklumat seperti Soalan-

       Soalan Lazim ini sentiasa tersedia untuk doktor atau petugas kesihatan anda, supaya mereka boleh

       membuat keputusan yang sewajarnya. Sehingga kini, tiada risiko yang diketahui akibat pengambilan

       Stemtech AFA Extract. 

 

32. Bolehkah sesiapa sahaja mengambil Stemtech AFA Extract, tanpa mengira usia?

       Ya, hanya patuhi arahan pada label dan lakukan di bawah penyeliaan orang dewasa.

 

33. Adakah Stemtech AFA Extract menggunakan kapsul sayur-sayuran? 

       Ya. Khasiat Stemtech AFA Extract terkandung di dalam kapsul sayur-sayuran yang lazim digunakan

       dalam industri suplemen pemakanan. Ia tidak mengandungi gelatin atau sebarang jenis bahan

       sampingan haiwan. Ia diperbuat kebanyakannya daripada selulosa, sejenis serat polisakarida yang

       wujud secara semula jadi dalam sayur-sayuran. 

 

34. Adakah prosedur sinar-X yang dilaksanakan oleh beberapa khidmat penghantaran menjejaskan

       produk Stemtech?

       Menurut dapatan kami yang terkini, produk Stemtech tidak terjejas sama sekali oleh radiasi sinar-X

       yang digunakan bagi tujuan keselamatan oleh khidmat penghantaran terhadap bungkusan-

       bungkusan.

 

35. Adakah Stemtech AFA Extract dilindungi paten?

       Ya, Stemtech AFA Extract memiliki dua paten. Paten Penggunaan merangkumi    

        penggunaan Aphanizomenon flos-aquae (AFA) bagi menyokong fisiologi sel stem dewasa. Paten

        kedua ialah Paten Komposisi yang telah difailkan di seluruh dunia. Ia merangkumi komponen

        spesifik dalam AFA yang berperanan merangsang fungsi sel-sel stem dewasa. 

 

36. Mengapa warna dan bau Stemtech AFA Extract berubah-ubah? Kadang kala ia kelihatan lebih gelap,

      dan baunya juga berlainan?

       Stemtech AFA Extract ialah produk semula jadi, dan seperti alam semula jadi, warna dan bau

       biasanya tidak konsisten. Bergantung kepada keadaan cuaca dan waktu pertumbuhan serta penuaian

       alga, warna pati Stemtech AFA Extract berpaten boleh berubah dari hijau gelap ke hijau sederhana

       dan adakalanya agak keperang-perangan. Baunya juga sering berubah. Walaupun warna dan bau .  

       produk ini mungkin berubah, nutrien penting yang menyokong fisiologi sel stem dewasa tetap sama

       dan tidak terjejas sama sekali. 

 

37. Mengapa Stemtech memilih pemasaran rangkaian sebagai saluran pengedarannya?

       Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa melambangkan paradigma baru dalam konsep kesihatan dan

       kesejahteraan. Produk Stemtech menjadi pelopor kategori baru suplemen pemakanan yang dikenali

       sebagai nutrisi sel stem dewasa. Oleh yang demikian, suatu proses pembelajaran yang menyeluruh

      adalah penting untuk membantu pelanggan memahami manfaat teknologi baru ini.
 

      Pemasaran berangkai yang melibatkan jalinan hubungan nyata memiliki lebih banyak kelebihan  

      berbanding pasaran jualan runcit konvensional kerana ia menawarkan kaedah yang lebih berkesan

      untuk menjana kesedaran mengenai nutrisi sel stem dewasa dan mendidik orang ramai mengenai

      paradigma "Teori Pembaharuan Sel Stem". Selain itu, pemasaran berangkai meningkatkan kepuasan

      pelanggan dan usahawan dengan mewujudkan peluang untuk mengembangkan perniagaan di

      rumah, menjana pendapatan tambahan dan seterusnya memiliki bisnes milik sendiri. 

 

Design by MOHD YUSRI EFFENDI

bottom of page